Friday 19 December 2008

How to make solar cell / Buat sendiri sel solar

akan datang

Bila dan Bagaimana nak lihat International Space Station (ISS)


Bagi yang minat bidang Astronomi atau Planet tentu tahu apa benda ISS tu. ISS merupakan "planet kecil "buatan manusia yang mengelilingi bumi yang dapat manusia tinggal untuk membuat pelbagai perkara tertentu terutama kajian tentang benda di bumi dan angkasa. Nak cerita panjang lebar nanti lari tajuk pula lagi pun ramai dah tahu kan heboh bila angkasawan Malaysia sudah sampai sana dulu.

Bagi kita yang tak dapat naik dapat lihat dari jauh cukup lah. ISS ni mengelilingi bumi dengan kelajuan beribu kilometer sejam jadi kena ada maklumat yang tepat agar kita dapat bersedia awal sebelum ia melintas. Kita hanya dapat melihat seperti melihat kapal terbang hanya beberapa minit sahaja.

Ok cara nak lihat :- mula mula masuk WEB : http://spaceflight1.nasa.gov/realdata/sightings/cities/skywatch.cgi?country=Malaysia

Ada senarai bandar di Malaysia yang tinggal kat bandar lain jangan sedih pula ini merupakan rujukan sahaja agar maklumat yang di cari tepat. Jadi pilihlah yang berhampiran.
Bila keluar jadual yang mana maklumat tarikh , masa, arah dan ketinggian di paparkan. Dengan maklumat ini boleh la bersedia pada tarik dan waktu di berikan. Cari tempat yang sesuai yang penting sekali arah dan ketinggian yang diberikan tidak terlindung. Lagi satu kalu nak tengok guna teleskop tak sesuai dan binocular pun kalau dah nampak dan cepat cepat guna mungkin boleh kot. Bukan macam tengok bintang dan bulan , ISS ni melintas dengan laju jadi kalu sedang teropong sana sini nanti melepas pula.
Kalau nampak bintang bercahaya yang terang (ikut cuaca juga) melintas laju mungkin ISS lah tu tapi kalau ada lampu merah berkelip kelip tu kapal terbang dan kalau dah lewat malam nampak juga benda terbang tapi tak ada lampu tu benda lain pula.

Jadi sila cuba , Semoga berjaya